Tomorrow Never Dies
Tomorrow Never Dies

Tomorrow Never Dies

Tomorrow Never Dies (bahasa Melayu harafiah Esok Tidak Pernah Mati) (1997) merupakan filem perisikan kelapan belas dalam siri James Bond, dan yang kedua yang dibintangi oleh Pierce Brosnan sebagai agen James Bond M16 fiksyen. Diarah oleh Roger Spottiswoode, dengan lakonlayar ditulis oleh Bruce Feirstein, filem ini menggambarkan Bond ketika dia cuba menghentikan mogul media gila kuasa dari mecipta peristiwa dunia untuk mencetuskan Perang Dunia III.Filem ini dihasilkan oleh Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli, dan yang merupakan filem James Bond pertama yang dihasilkan sejak kematian pengarah Albert R. Broccoli, yang filem ini berikan kredit pada kredit akhir filem. Lokasi penggambaran termasuk Perancis, Thailand, ]]Jerman]], Mexico dan Amerika Syarikat dan United Kingdom. Tomorrow Never Dies diterima meluas di box office dan menerima pencalonan Golden Globe disebalik review bercampur. Sungguhpun prestasinya di box office tempatan melepasi filem yang sebelumnya, filem GoldenEye,[1] ia merupakan satu-satunya filem Bond Pierce Brosnan yang tidak mendapat nombor satu pada box office, kerana ia ditayangkan pada hari yang sama dengan filem Titanic, tetapi sebaliknya nombor dua.[2]

Tomorrow Never Dies

Bahasa bahasa Inggeris
Berdasarkan watak James Bond oleh
Ian Fleming
Muzik oleh David Arnold
Disunting oleh Michel Arcand
Dominique Fortin
Pengarah Roger Spottiswoode
Penerbit Michael G. Wilson
Barbara Broccoli
Penulis Bruce Feirstein
Pecah panggung $333,011,068
Mula ditayangkan 6 Disember 1997 (1997-12-06) (London, premiere)
12 Disember 1997 (UK)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Robert Elswit
Tempoh tayangan 119 minit
Dibintangi oleh Pierce Brosnan
Jonathan Pryce
Michelle Yeoh
Teri Hatcher
Joe Don Baker
Judi Dench
Negara United Kingdom
Pengedar United Artists
Perbelanjaan $110 juta